Wednesday 26 April 2017

Pengalaman beli perabot Asis Ikea

Hujung bulan lepas, ada iklan dalam group solsta As Is. Apa tu AS IS? Barangan ex-display, reject, dented atau returned item dari store IKEA yang dijual dalam section khas yang dinamakan "AS IS".

Dah lama mengidam nak sofa bed solsta. Sebab sesuai untuk rumah yang kawasan kecil. Berbaloi pula boleh buat alas tidur. Sebelum ini pun dah pernah beli meja pre-loved ikea. Walaupun pre-loved kualiti masih okay.

Rezeki menyebelahi dapat beli solsta As Is daripada personal shopper IKEA. Kualiti semua masih tip top. Tapi sayangnya, kulit saya sensitif. Jadi macam gatal-gatal bila duduk situ. Orang lain tak pulak! Langsung tak.

Bila kita yang ada alergi memang akan lagi sensitif berbanding orang lain. Jadi lepas ini, kalau perabot yang berkain-kain macam sofa, tilam memang kena beli yang baru.

Kalau untuk yang tiada alergi memang amat berbaloi beli As Is atau pre-loved. Zaman berjimat sekarang. Itu lah yang saya harapkan tapi lain pula jadinya.

Tapi kalau nak beli secondhand pun kena hati-hati. Kadang-kadang lagi berbaloi beli yang baru terutama barang elektrik. Kalau beli tilam pastikan bukan tilam lama sangat. Sebab saya pernah baca post orang bagitahu dia beli tilam pre-loved ada pepijat. Habis satu rumah kena. Dah jadi kerugian.

Tips beli pre-loved atau second-hand:
~Kalau boleh pergi tengok keadaan barang dulu
~Tanya tahun bila beli
~Sila check berfungsi atau tak kalau beli barang eletrik depan penjual. Nak selamat, beli yang masih dalam warranty.

Setakat ini perkongsian daripada pengalaman saya.

Wednesday 12 April 2017

Review Pencuci muka Himalaya

Alhamdulillah. Lega sikit bila tengok muka sekarang. Takde nak stress dan sedih lagi. Tapi tak flawless dan glowing sangat pun. Bersyukur sebab jerawat dah tak merata-rata tumbuh macam dulu.

Untuk review tak berbayar pun ni, apa yang saya boleh katakan, saya berpuas hati dengan Clear Complexion Whitening Face Wash Himalaya.

Kalau lihat post hujung tahun lepas mengenai sebab saya pakai pencuci untuk whitening adalah untuk hilangkan muka kusam sebab dah lama guna produk untuk rawat jerawat. Masa rawat jerawat saya memang biar muka tanpa pakai krim apa2 untuk keluar. Saya taknak campur2 produk masa itu.

Bila muka dah okay, baru saya cari produk nak hilangkan kusam dan sekatakan warna kulit yang dipanah2 mentari. Amboiii. Sekarang saya pakai pencuci muka dan pelembap Himalaya sekali.

Keberkesanan dia taklah begitu cepat sebab tu hari ini baru update bila nampak hasilnya sikit. Hehe.. Bekas pertama pencuci 100ml bagi habis tapi belum nampak perubahan. Cuma kulit dah kurang berminyak. Parut jerawat yang ada dulu pun slow2 menghilang.

Saya teruskan lagi beli bekas kedua 250ml. Masih belum habis tapi saya dah nampak muka yang kusam dah pulih sikit. Krim pelembap pula masih banyak. Harga masa beli itu rasa mahal tapi berbaloi sebab boleh tahan 3 bulan dan lebih.

Antara produk pemutih yang saya pernah pakai ialah f&l dan s***. Memang boleh cepat putih dan putih sangat dari kulit asal tapi kulit menipis dan bila kena mentari je merah dan mudah mengelupas. Bila tengok bahan ada banyak jenis paraben dan hidroquinone. Walaupun jumlah bahan yang ada itu sikit dan masih selamat tapi kalau boleh elakkan.

Jadi, pencuci Himalaya yang sesuai tanpa ada bahan2 tersebut. Biar pun lambat berkesan tapi selamat. In Sha Allah.

Lepas ini saya nak review pula krim pelembap. Terima kasih sudi baca. :)

Gambar sebelum. Tahun lepas.




Gambar sekarang. Parut jerawat seketul tu yg baru punya. Sebulan sekali tu.

Tuesday 27 December 2016

Pencuci muka Himalaya

Alhamdulillah dah sampai produk Himalaya ni direct dari India. Memang super duper murah!! Less hampir separuh harga daripada yang dijual kat Malaysia ni.

How did i purchased it?
Kawan ai, dia surihati Mr Pilot yg real okayy! :D So bila suami dia ada flight ke India, dia akan buat promotion pre-order Himalaya.

Harga-harga yang kawan ai tawarkan pun memang berbaloi baloi baloi sangat!. Takkan dapat kat sini unless ada big sales. Itu pun setahun sekali kan.

Pertama kalinya guna clear complexion whitening face wash and day cream. Bahan pemutihnya Licorice dengan White Dammer. Semua ini daripada tumbuhan. Jadi kesan mungkin slow tapi asalkan selamat. Taknak dah putih tapi kulit menipis. So effect nya nanti ai kasi update tapi lama lagi lah. Hehe..


Review produk untuk kulit berjerawat

Al-kisahnya aku bukan dikurniakan wajah yang terbebas daripada jerawat bermula remaja. T.T Tapi in my case jerawat aku jenis jerawat pasir dan sebulan sekali tumbuh seketul besar. Tapi yang seketul itulah tumbuh dekat kawasan muka yang obvious. Macam dekat tengah hidung, kening. Itu yang paling stress dan sakit pulak tu.

So kali ni just nak share sikit2 produk yang aku pernah pakai lah untuk hilangkan jerawat.

1) Masa zaman sekolah dulu, aku guna temulawak. Temulawak ni dalam bentuk minyak. Takde gambar sebab dulu sekolah belum zaman smartphone.

Rate: 3.5/5
Note: Rasanya macam okay produk ni sebab aku ada repeat beli. Tapi aku tak sure sebab dah lama sangat zaman ni. Jerawat aku pun masa tu jenis biasa dan sikit.

2) Clean&Clear Acne gel

Produk ni paling best lah! Sebab paling lama guna. Kadang-kadang bila letak kat jerawat terasa gatal dan pedih. Itu yang best sebab rasa tindakbalas dia. Pastu gel dia jernih. Lepas sapu biar jalan-jalan pun orang tak perasan. Stok wajib ada dulu.

Rate: 4/5
Note: Produk ni bagus berkesan. Jerawat pasir yang tumbuh kat dahi masa stress buat assignment semua clear. TAPI sebab dah lama pakai jerawat jadi "resistant". So dah kurang berkesan hingga hampir tak berkesan.

3) Oxy

Lepas ternampak iklan oxy, aku rasa nak move on pakai yang ini pula. Aku guna krim oxy untuk jerawat je. Aku tak tahu ada DUA jenis iaitu Oxy5 dan Oxy10. Aku terbeli oxy10 (sepatutnya beli oxy5 dulu sebab oxy10 kepekatan benzoil lagi tinggi) Sapu kat jerawat memang pedihhhh. Jerawat memang cepat kecut.

Rate: 3/5
Note: Walaupun jerawat hilang kecut cepat tapi parut jerawat ada. Kalau jenis parut aku bukan berlekuk tapi parut merah-merah. Jelas nampak.

4) Aiken Tea Tree

Sekarang aku dah lebih alert untuk cari produk yang takde bahan kimia berbahaya seperti paraben dan SLS. Aiken memenuhi ciri-ciri itu. Aku guna pencuci, toner, krim jerawat, minyak tea tree. Hampir setengah tahun juga dah guna Aiken.

Rate: 4/5
Note: Aiken bau herba kuat. Bila pakai krim jerawat rasa muka gatal. Minyak tea trea buat muka berangin. Rasa macam letak minyak kapak kat muka. Jerawat tak cepat kecut tapi bila hilang takde tinggalkan parut. So aku rasa dia rawat dari dalam sebab itu ambil masa nak berkesan. Bagi aku Aiken sesuai untuk dipakai jangka panjang sebab dia rawat slow-slow. Bukan 2-3 hari muka dah okay. Aku akan teruskan pakai Aiken sampai jerawat "resistant" lagi.. HAHAHA

5) Cetaphil

Aku tak tahu kenapa ramai suggest kan cetaphil walaupun ada bahan kimia paraben dan sls. Tapi sebab ramai kata okay, aku pun try beli trial punya. Aku pakai ni in between aku pakai Aiken. Sebab masa tu aku rasa Aiken lambat sangat berkesan.

Rate: 2.5/5
Note: Aku rate separuh je sebab aku pakai sekejap. Jadi aku tak pasti keberkesanannya. Tapi masa aku pakai, rasa macam okay. Tak berbuih sangat dan muka rasa licin. Tapi masa ini aku ada campur-campur pakai dengan Aiken.

Buat masa ini, produk-produk ini je lah aku pernah pakai untuk rawat jerawat. Sekarang aku masih guna Aiken untuk krim jerawat, t3 oil dan toner. Pencuci muka aku nak guna Himalaya whitening pula nak bagi muka glowing sikit. Sebab seriously rasa muka kusam walaupun jerawat kurang. Okay ini sahaja kali ni. Assalam..

Thursday 22 December 2016

Saya jual barang baby

Setahun lebih bersawang blog ni. Rasa malas nak berblog. TAPI baca blog orang rajin. :)

Banyak je benda nak kongsi. Tapi sebab nak masuk tahun baru, rasa nak kongsi azam baru iaitu nak lebih berjaya dan bersemangat dalam bisnes!

Masa awal dulu, sekadar cuba dan suka-suka. Tapi sejak ada peningkatan dalam permintaan, itu yang nak serius supaya tak kecewakan pelanggan.

Apalah yang dijualnya ni? Sampai poyo sangat. :D

Saya jual katil tambahan baby! Sebab kat kedai semua jual baby cot. Kalau nak hack baby cot kepada baby bedside tak boleh sebarangan untuk keselamatan baby.

Pakai je lah baby cot tu. Kenapa nak tukar bedside pula? Kalau ibu-ibu yang berpengalaman pasti tahu jawapannya kan.

Banyak kelebihan katil tambahan baby ni. Tapi hari ni saya hanya nak tunjuk dulu gambarnya. Kalau rasa excited tak sabar nak tahu boleh tengok FB page: Putrii Baby Shop atau IG: @putriibabyshop.

Salam maghrib. :)

Written by:
LeLeyn

Saturday 25 July 2015

Getah betik rawat ketuat

Salam Syawal.

Hari ini duduk rumah. Tak beraya. Orang pun takda yang datang raya hari ini. Jadi boleh rehat tengok Hindustan. Dah lama tak layan Hindustan tapi cerita ini best pula. Kisah perempuan yang jadi isteri dan ibu. Dia tak pandai speaking. Suami dan anak-anak pandai. 

Eh lari tajuk pula. Bulan 5 hari itu tiba-tiba kaki ada benjolan, ingatkan ketumbuhan tapi ketuat. Selalu guna sepit kuku buang kulit yang keras. Tapi tetap tumbuh. Rasa tak selesa. 

Tergerak nak cuba petua tradisional yang di google. Ada macam-macam. Tetapi yang ada dirumah hanya getah betik. Nasib ada tanam pokok betik. Banyak kegunaan. Hari itu buat ubat demam denggi abang-abang. 

Untuk ketuat, saya patahkan satu dahan betik, kemudian sapu getahnya di ketuat. Dua kali buat masa puasa hari itu. Nampaknya ketuat macam kecut. Ingat nak buat lagi petang ini. Tapi kena hati-hati ambil sebab celah-celah dah berbuah kecil. 

Sebenarnya banyak lagi petua lain. Anda boleh goole petua tradisional ketuat. Boleh cuba ikut apa yang ada dirumah. Jimat sikit belanja beli ubat. 

Ok lah. Nak sambung lagi tengok Hindustan. Tak habis lagi. Salam semua.

Written by:
Le Leyn

Friday 24 July 2015

Percubaan mencari rezeki di Singapore

Assalammualaikum, 

Pernah tak sesiapa terfikir untuk bekerja di luar negara? Saya dulu bukan saje berangan nak ke Singapore tp ke Australia nak petik buah. Balik je duit berkepuk-kepuk. Haihh. Ini semua akibat fikiran untuk mendapatkan duit yang banyak.

Lalu, 5 Syawal hari itu nekad ke Jb. Dari Muar amik bus ke Larkin. Harga tiket Rm16.70. Tapi kalau Muar-KL Rm17.60. Jarak pun lebih kurang sebab kedua2nya boleh sampai dalam 2 jam setengah. Kemudian naik bus tambang ke Kota Tinggi sebab menumpang rumah kawan di situ. Tiket harga rm4.90. Sebelum sampai kota, bus akan berhenti di banyak tempat. Salah satunya ulu tiram. Kota perhentian akhir.

Sampai di terminal tun sri lanang, kawan sudag menunggu di situ. Kemudian ke rumahnya. Sejuk. Banyak pokok. Esoknya kami sama-sama ke tempat agent. Ini pun ikut kawan kepada kawan yang pernah kerja di sana. Sampai sana katanya kuota belum ada. Hanya isi borang dan balik. 

Alang-alang lepaskan kekecewaan, kami pergi ke Jusco Bukit Indah. Tengah sales lagi semuanya. Tapi tak beli sebab bukan keperluan lagi. Sekarangkan zaman pupuk berjimat. Hehh.

Tadi pergi kedai runcit nak beli serbuk dadih. Tengok harga tak jadi terus. Dulu Rm4.50 sekarang Rm6. Mana tak dalam fikiran ini nak duit banyak. Rm pun dah jatuh. Kalau kerja Singapore itu boleh berganda lah disini. Walaupun hujan batu si negeri sendiri, hujan emas negeri orang, sebaiknya berkhidmat di negeri sendiri lah kan. Tapi jauh perjalanan luas juga pengalaman. 

Sekian, catatan hari ini.