Thursday 25 December 2014

Kenapa roselle tidak berbuah?


Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum Senyummm *pang kena tampar sbb memekak*


Sebenarnya nak cerita pasal roselle. Bila tengok roselle dah mula berbunga, berbuah itu yang tersenyum sendiri. Hari ini 33 hari dah umur roselle ini. Sepatutnya dah boleh tuai tapi besarnya tidak sekata. Itu yang biarkan je lah dulu. Roselle ini ditanam di tiga tempat berlainan. Bukan nak buat uji kaji tapi memang terhad setiap tempat nak tanam banyak. Semua baja sama waktu.


1) Sebelah kiri rumah
Pokok terlindung dan mendapat cahaya bila hampir tengahari.  Ada tiga pokok. Daun banyak digigit serangga. Tidak berbuah lagi. Tanah sama jenis dengan tanah sebelah kanan rumah.






2) Sebelah kiri rumah tapi depan sikit
Pokok disini paling kurang cahaya kerana terlindung dengan rumah dan bumbung. Pokok kecil dan tidak berbuah. Dua daripada enam pokok sudah layu. Tanah lebih kurang sama jenis tetapi lebih keras dan berbatu sikit.

        




3) Sebelah kanan rumah
Tempat disini memang cukup cahaya terutama waktu pagi. Tanaman disini ada yang ditanah dan juga dipasu (lihat gambar). Dalam pasu yang tak berapa besar itu ada satu..dua..jap baru nak kira. Ada enam rasanya. Yang tanam didalam pasu ini paling cepat berbuah dan buah besar berbanding yang lain.

Mungkin faktor semai terus benih, cahaya cukup dan persaingan sihat yang buatkan tanaman dipasu lebih cepat berbuah.

Ruangan semai tak cukup jadi semai dipasu banyak-banyak. Bila dah besar tak tahu alih mana. Jadi biar je macam tuh. Jadi mungkin dia tak "culture shock" sebab tak kena alih. Hehh..

Mungkin sebab bila dah bersempit-sempit pokok-pokok ini berebut nak besar sebab takut dibuang tuannya kalau kecil. Tapi tuannya ini sayang nak buang. Hehe.. Yang disini juga kurang serangan serangga.


                    






p/s: Pendapat Leleyn, tiada masalah kalau nak tanam ditempat terhad seperti didalam pasul asalkan tanaman dapat cahaya matahari yang mencukupi terutama di waktu pagi.


Written by: Le Leyn

Tuesday 16 December 2014

Alahan ubat - Amoxycillin

Assalammualaikum..




Sedar tak sedar dah hujung tahun dan lagi beberapa hari nak masuk tahun 2015. Biasanya kita akan cuba ingat perkara-perkara happy untuk dijadikan kenangan. Tapi pengalaman pahit pun tak lah mudah untuk dilupakan. Ya tak

Ini cerita 2 bulan lepas. Pengalaman yang tak boleh lupakanlah sebab firstime jadi. Nak dijadikan cerita, masa itu tengahari, entah mood apa rajin sangat pergi mencangkul bersihkan semak sebab nak buat kebun kecil. Tiba-tiba silap teknik mencangkul, tangan terseliuh. Orang urut kat sini busy jadi biarkan je seliuh ni.

Lepas tu, 3 hari kemudian kena benjolan dekat leher pulak. Macam-macam sakit dasyat dah difikir. Rasa risau sangat jadi pergilah klinik. Dapat ubat untuk terseliuh dengan benjol. Dapat banyak ubat termasuk antibiotik amoxycillin. Seminggu jugak lah telan ubat ni.
Lebih kurang macam nih lah benjol.
(Sumber gambar: internet)
 
Terbayang benjol jadi teruk macam nih
(Sumber gambar: internet)

Benjolan dah surut tapi datang pula satu sakit lain. ALAHAN! Masa tu bersihkan rumah kat luar waktu tengahari (waktu panas terik macam nih pulak lah baru rajin), masuk je rumah, adik tegur muka burn. Pastu tengok muka kat cermin bukan je burn tapi ada bintik-bintik macam ruam! Tengok tangan pun ada, Tak gatal. Petang tuh pergi klinik sebab ruam makin menjadi-jadi. =,=" Dr syak allergi ubat sebab memang takde allergi makanan dan baru je habiskan antibiotik.
Mula-mula ruam macam ini
Esoknya lepas maghrib terpaksa pergi hospital sebab ruam tak kurang. Paling risau ruam kat mukalah. Jadi rendah diri. Kena inject. Rasa lumpuh sekejap tangan. Malam itu, ruam kat muka dah kurang. Lega sikit. Tapi ruam turun tempat lain. Seminggu tak dapat tidur malam sebab ruam dah mula gatal-gatal. 

ruam kat tangan

Ruam semakin berkembang untuk pulih

Masa pergi klinik check untuk benjolan, ada 2nd appointment. Masa ni lah tunjuk benjolan dah hilang tapi ruam pula. Dannnnnnn kena inject lagi. Dapat ubat sapu calamine mengurangkan rasa gatal dan ruam. Lepas seminggu jugalah baru pulih sepenuhnya. 

Semakin berkembang hilang


Walaupun dah sihat, trauma juga dan rasa ngeri bila ingat semula. Lepas itu tiba2 tak suka corak polkadot. Haha. Hampir sebulan jugalah sakit tapi Alhamdulillah hikmahnya dah tahu lah alah ubat apa. 

Kumpul kad!



Pengajaran buatku dan kwn2:

  • Kita kena tahu mengenai ubat apa yang kita ambil. Search dekat internet atau tanya pakar apa side effect ubat ataupun ubat boleh datangkan alahan. 
  • Kalau ada simptom pelik lepas makan ubat, silalah berhenti. Sebab awal-awal ambil ubat hari tu, pembuangan air besar (sopan sikit) yang kerap tak normal macam selalu, kepala sakit dan ade bintat besar. Tapi tak tahu pula sebab ubat. Sebab banyak faktor lain yang difikirkan mungkin sebabkan semua tuh mcm ingat salah makan yg sbbkan pembuangan air besar tak normal. Ingatkan nyamuk yang sebabkan bintat besar. Muka pun ada ruam kecil bila kena panas tapi ingatkan itu sebab peluh.
  • Cepat jumpa doktor kalau sakit, jangan buat andaian dan beli ubat sendiri.
  • Jangan lupa bawa kad allergi bila jumpa doktor.

Oke lah panjang pula cerita kali nih. Semoga pengalaman nih menjadi peringatan.



Written by: Le Leyn

Thursday 9 October 2014

Nak makan pizza hari-hari?

Ewahh makan pizza hari-hari lalu ke? Mesti nasi juga dicarik. Heehee~ Pizza ini bulan lepas sampai 3 kali buat sebab mudah sangat dan sedap! Mula-mula buat saje-saje. Pastu semua kata sedap jadi plan nak buat lagi sebab malam buat pizza tuh tungkus lumus betul sampai tak makan lain. Perut masuk angin dan tak dapat makan puas. Lepas tuh minggu depannya mak nak pizza lagi. Barang pun ada jadi buatlah. Dalam minggu yang sama tuh sebab ada orang2 special nak datang jadi buat pizza lagi. Bila dah puas buat sesuatu resipi tuh, mulalah berubah arah nak buat lain pulak.. :) *tengah plan nak buat tart buah.


So nak share resipi pizza yang memang best nih. Boleh tengok dekat Blog Azie Kitchen. Lengkap cara-cara buat pizza. Biasa buat dapat 2 keping pizza. Puas makan. Semua barang mudah dapat. Tp sebab olive oil itu mahal, Len gantikan dengan minyak jagung. Jadi juga. Tp mungkin bila guna olive oil aroma Timur Tengah pasti lagi membuka selera. Ehee~


Lagi satu nak ingatkan kalau doh dah naik cepat letak kat dulang dan letak topping kemudian bakar. Sebab hari itu buat masa orang2 special nak datang, Len buat banyak doh sekaligus dan biar terlalu lama jadi doh itu kembang sekembangnya. Bila dah macam itu roti dah jadi tebal jadi tak berapa best. 




Selalu buat dapat 2 dulang ini. 




Bila pizza dah dipotong. Piring dah comot sebab dah makan pizza berkali-kali. Ehee~




Yang ini pula buat masa yang doh banyak itu. Ini pula saja try buat bentuk pizza macam kat kedai. Jadi tak?? :D




p/s: Untuk topping itu ikut citarasa kita. Yg biasa buat ini guna bahan kuah spagetti tp pekatkan sikit. Paling best kalau dapat tabur cheese banyak2. Mula-mula guna cheddar macam kurang sikit rasa. Lepas itu beli yang betul untuk topping pizza. Sebab nak jimat dapat banyak, tabur sikit-sikit. Lain kali nak buat yang special tabur banyak-banyak cheese.. emmm lapar pula..


 Selamat mencuba. :)

Written by: Le Leyn



Thursday 2 October 2014

Happy Thursday!!

Lesson in L.I.F.E

Entry kali ni nak bagi positive semangat untuk orang2 yg rasa down about life..Life too complex..life isn't perfect..life is short..life is sooooo...... n so on..klu nak dilistkan semua ni ofkos la xcukup2 ..hihi..
Apa2 pun..1st sekali please la fikir positive setiap ape yang berlaku tu..and jadikan 1 experience yang org lain tak penah rasa..n think benda tu special cuz awak je yg rasa...hurmm..sebenarnya kita baru je lepas sesi memberi 'ceramah' kat one of classmate uni..huhu..setiap org berbeza2 ujiannya.. dlm dok nak berceramah kat org tu still lagi ingtkan diri utk same2 positive dalam hidup.. so dikesempatan dalam kesibukan bekerja ni hahaa..nak bagi sikit quotes yg boleh jd ref dlm hidup ..cuba slowly..In Shaa ALLAH..

Nak bg quotes dr Philip Zimbargo:

7 Paths to a Meaningful Life :

1. Use TIME wisely and well
2. LOVE a lifetime of learning
3.Nurture your PASSIONS
4.Transform shyness into SOCIAL engagement
5.Remake your image
6.Become a POSITIVE deviant
7.Train yourself to become an everyday HERO.

Ingat!! Keep POSITIVE !!!!

BYE!!!


P/s : nak wish awal2 advance besday to someone..haha..happy birthday ........ wish u happy life..hee..hadiah wait ya..

Written by: Le Maya

Wednesday 1 October 2014

Men are from Mars, Women are from Venus



Assalamualaikum w.b.t

"Men are from Mars, Women are from Venus"

Statement atas ni macam familiar kan. Hehe memang la. Ni sebenarnya dari tajuk buku yang dikarang oleh John Gray. 

Nak mengadu. Kenapa la lelaki ni kadang2 susah nak fahami perasaan perempuan >,<

Mungkin perempuan ni complex sgt cara pemikirannya. Lelaki pulak suka ambil jalan mudah. Kalau nak mintak pendapat/nasihat dari sang lelaki ni pun silap haribulan boleh tukar jadi gaduh sebab diorang ni kadang2 tak faham dengan apa yang kita nak sebenarnya.

Tapi bila fikir balik, macamana la lelaki2 ni boleh tahan dgn kami kaum wanita yang mostly cerewet, banyak karenah, emosi lebih & macam2 lagi la. Hebat sebenarnya sang lelaki ni sebab boleh bersabar dengan pasangan masing2. Haha.

Ok la. Untuk entry kali ni, nak buat short & simple je sebab dah mengantuk & td blk keje lambat zzzz. Kesimpulannya (eh dah habis dah):
  • terima kebaikan & keburukan pasangan anda seadanya
  • sentiasa sabar & bertoleransi antara 1 sama lain
  • lastly, trust is the foundation of love. nak letak 1 quote ni "Trusting you is my decision. Proving me right is your choice"
Goodnight ^^


Written by: Le Anna


Tuesday 30 September 2014

Resipi: Mi Sizzling mudah, senang, sedap!!

Bismillah.. 

Nak masak ke nak buat ape2 mak selalu suruh amalkan baca ini dulu dan sambil masak2 itu baca selawat. Bukan nyanyi. Hehh tp Len selalu suka nyanyi lps tuh kena bebel. Hmm


Hari tuh nak pi jalan Tar dengan mak dan adik2 naik bus dari Johor turun TBS. Mak makan nasi ayam sebab katanya tak boleh kalau tak makan nasi. Len dan adik lagi seorang makan mi sizzling. Bagi mak dengan adik lagi seorang rase. Sudahh. Dua2 syok pulak makan. Mak jarang suka makan luar, tp asyik sebut nak mi sizzling mi sizzling. So pi lah carik resipi kat blog2 dan tengok resipi2 dorang. Bandingkan bahan-bahan dan agak2 gambar yang dorang post tuh buat air liur meleleh boleh lah dicuba. Resipi diadaptasi dari blog mamashikin dan K.Nor. Terima kasih share resipi yang sangat sedap! =)

So, jom mula masak.

Ini bahan2 dia. Len banyakkan bahan sebab nak makan satu family (5-6 orang). Memang banyak jugak Len ubah sebab ada barang yang xda kat rumah.

Cendawan shitake kering (lagi banyak lagi sedap dan direndam sehingga lembut). Belah 4 atau kecil sedikit supaya nampak banyak dan senang lembut.
Lada kering dalam 5-6 (tak letak banyak sebab mak tak makan pedas)
Halia lebih kurang 3cm dihiris halus (kalau dikedai rasa halia kuat tapi disebabkan adik tak suka rasa halia jadi halia sebesar ini sesuai untuk orang yang nak rasa sikit2 halia je.
Bawang putih sebanyak 10 ulas dicincang halus.
3 pokok sawi (Ikut suka nak berapa banyak sawi dan boleh jugak diletak sayur lain)
1/3 batang lobak (len suka seni. Dalam masak pun boleh nak potong macam2 bentuk. Tuh yang mak bising masak tak siap2)
1 keping dada ayam (dipotong2 keping)
7 cawan air
6 sudu sos tiram
10 sudu kicap cair (boleh dikurang jika ada kicap pekat. Len takda kicap pekat jadi banyak kicap cair)
Tepung jagung (dicairkan dulu dalam air)
Lada hitam
Minyak
1 paket Yee Mee (ada dalam 6 keping)
Telur



Tumis bawan putih, halia dan lada kering sehingga berbau-bau.



Selepas itu masukkan ayam. Agak2 dah empuk masukkan 7 cawan air. Masukkan 6 sudu sos tiram dan 10 sudu kicap cair. Biar didih dan masukkan cendawan. Yang timbul2 kat atas permukaan itu bawang putih. Disebabkan Len dah adjust bahan-bahan jadi banyak dan air pun banyak sekarang Len berani kan diri je agak2 masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Rasanya 2 cawan tepung jagung Len masukkan. Boleh jugak tambahkan serbuk lada hitam. Len tak letak garam dan gula sebab kicap itu dah manis dan masin. Jaga kesihatan. LOLipop~!




Ini rupanya bila dah pekat, Bolehlah masukkan sayur, telur dan yee mee.

----
--------
------------

Tadaaa~~


Ini mi sizzling saya. Sepatutnya ambil gambar kat pinggang abah sebab abah special case, tak makan telur jadi kena buat asing untuk  dia dan mi sizzling dia banyak kuah. Yang laen mi dah serap kuah sebab masak mi banyak2 sekali. Jadi kena makan cepat2 masa panas!!


p/s: Takut juga nak buat ini. 1st trial tp dah kena buat sekali banyak. Alhamdulillah berjaya juga buat bagi family makan. Tp kena improve lagi. Kalau rajin korang boleh masak asing2. Lepas siap kuah, korang ambil dan masuk ke kuali lain. Panaskan api kecil dan masuk mi. Tp ini lambat. Sorang demi sorang makan. Hehe.. Ade resipi letak minyak bijan tapi kat rumah takde jadi guna pa yang ada. Mungkin lps ini blh cuba letak minyak bijan pula.


Written by: Le Len

Salam Perkenalan

Assalammualaikum. Haihaihai..


Ui skema pulak tajuk tuh. Biasalah mula2 nak kenal. Hehe~ Untuk pengenalan diri, blog nih ada 3 orang blogger. Kami punya nick names dalam alam maya nih ialah Le Leyn, Le Maya dan Le Anna. Honestly, memang kami bertiga berbeza dari segi personaliti tp still berkwn baik dari kecik hingus leleh kesat belakang tudung sampai dah besar panjang walaupun berjauhan, Eceh~! Senang je nak pertahankan persahabatan nih. Tak kira apa korang buat, update and share selalu. Ops terpanjang pulak. 


Dulu ada blog lain tp disebabkan semua umur dah meningkat, terlupa dah password. *(-_-) Ini blog baru tp konsep sama je. Le tuh maksudnya "the" (from French word. Three ialah 3. Hah tahu kan? Hehe.. Furenzu pula maksudnya Friends dalam bahasa Jepun (Katakana word iaitu bahasa asing yg dipinjam. Maksudnya Org Jepun ambil perkataan friend dan dia tukar ikut sebutan bahasa dia sebab bahasa jepun mesti ade vokal dibelakang. Ops pnjg lg. Oke next entry kte belajar bahasa Jepun oke? In Sha Allah =)


Anyway, semoga blog ini memberi sedikit informasi dan manfaat kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Segala yang baik tuh dtg dari Allah dan segala keburukan, kesilapan dan kesalahan tuh datang dari kami bertiga.


P/s: So, kalau nak tahu setiap entry itu sape yg tulis, kat bawah sekali akan tulis Written by:xxx


Written by: Le Three Furenzu