Saturday 25 July 2015

Getah betik rawat ketuat

Salam Syawal.

Hari ini duduk rumah. Tak beraya. Orang pun takda yang datang raya hari ini. Jadi boleh rehat tengok Hindustan. Dah lama tak layan Hindustan tapi cerita ini best pula. Kisah perempuan yang jadi isteri dan ibu. Dia tak pandai speaking. Suami dan anak-anak pandai. 

Eh lari tajuk pula. Bulan 5 hari itu tiba-tiba kaki ada benjolan, ingatkan ketumbuhan tapi ketuat. Selalu guna sepit kuku buang kulit yang keras. Tapi tetap tumbuh. Rasa tak selesa. 

Tergerak nak cuba petua tradisional yang di google. Ada macam-macam. Tetapi yang ada dirumah hanya getah betik. Nasib ada tanam pokok betik. Banyak kegunaan. Hari itu buat ubat demam denggi abang-abang. 

Untuk ketuat, saya patahkan satu dahan betik, kemudian sapu getahnya di ketuat. Dua kali buat masa puasa hari itu. Nampaknya ketuat macam kecut. Ingat nak buat lagi petang ini. Tapi kena hati-hati ambil sebab celah-celah dah berbuah kecil. 

Sebenarnya banyak lagi petua lain. Anda boleh goole petua tradisional ketuat. Boleh cuba ikut apa yang ada dirumah. Jimat sikit belanja beli ubat. 

Ok lah. Nak sambung lagi tengok Hindustan. Tak habis lagi. Salam semua.

Written by:
Le Leyn

Friday 24 July 2015

Percubaan mencari rezeki di Singapore

Assalammualaikum, 

Pernah tak sesiapa terfikir untuk bekerja di luar negara? Saya dulu bukan saje berangan nak ke Singapore tp ke Australia nak petik buah. Balik je duit berkepuk-kepuk. Haihh. Ini semua akibat fikiran untuk mendapatkan duit yang banyak.

Lalu, 5 Syawal hari itu nekad ke Jb. Dari Muar amik bus ke Larkin. Harga tiket Rm16.70. Tapi kalau Muar-KL Rm17.60. Jarak pun lebih kurang sebab kedua2nya boleh sampai dalam 2 jam setengah. Kemudian naik bus tambang ke Kota Tinggi sebab menumpang rumah kawan di situ. Tiket harga rm4.90. Sebelum sampai kota, bus akan berhenti di banyak tempat. Salah satunya ulu tiram. Kota perhentian akhir.

Sampai di terminal tun sri lanang, kawan sudag menunggu di situ. Kemudian ke rumahnya. Sejuk. Banyak pokok. Esoknya kami sama-sama ke tempat agent. Ini pun ikut kawan kepada kawan yang pernah kerja di sana. Sampai sana katanya kuota belum ada. Hanya isi borang dan balik. 

Alang-alang lepaskan kekecewaan, kami pergi ke Jusco Bukit Indah. Tengah sales lagi semuanya. Tapi tak beli sebab bukan keperluan lagi. Sekarangkan zaman pupuk berjimat. Hehh.

Tadi pergi kedai runcit nak beli serbuk dadih. Tengok harga tak jadi terus. Dulu Rm4.50 sekarang Rm6. Mana tak dalam fikiran ini nak duit banyak. Rm pun dah jatuh. Kalau kerja Singapore itu boleh berganda lah disini. Walaupun hujan batu si negeri sendiri, hujan emas negeri orang, sebaiknya berkhidmat di negeri sendiri lah kan. Tapi jauh perjalanan luas juga pengalaman. 

Sekian, catatan hari ini.

Wednesday 8 July 2015

Petola pahit

Hi.. 

Redup je suasana petang ni. Rasa seronok je kalau berkebun. Tak lah kehausan sangat masa puasa ni. Tapi malas pula. 

Ini kisah minggu sebelum puasa. Betul ke pokok kalau tak dijaga tak dimanja dia lagi rajin bagi hasil. Sebabnya bila bagi hasil dia dapat perhatian dari tuan dia. Haha.. petola saya nih mula-mula tanam dekat pasu tapi buahnya kecil. Jadi saya pindahkan belakang rumah sebelah pokok asam. Mula-mula rajin tapi lepas itu tak terjaga pula.

Tiba-tiba muncul sebiji tersorok. Toleh nak tengok buah asam, ternampak lagi sebiji bergayut. Kalau orang yang tak berapa kenal petola mesti ingat pokok asam ni kacuk petola sebab hampir 3 biji lah bergayut. Payah nak ambil.

Petola buat masak sup. Ada yang pahit ada yang tak. Terbaca kalau petola kurang mendapat cahaya matahari dia akan jadi pahit. Betul ke? Tapi memang ade petola yang tersorok dan ada yang tak. Tapi masak bercampur dah tak pasti mana yang pahit. 




Kisah betik pula. Dah mula menjadi buah. Harapan dapat lah merasa betik tanam sendiri. Sama tak dengan rasa manis betik yang dimakan hari itu. Sebab manis itu yang semai. Semai punya lah banyak. Sebelum alih tengok akar serabut ke tunjang. Banyak yang saya tanam serabut sebab terbaca kalau serabut betina atau kalau untung dia dua jantina. Memang ada buah pokok betik saya tu. Tapi ada yang jadi ada yang tak. Bila dah jadi kena racun pula. Tapi cantas dahan dia. Dengan harapan hidup lah pokok tu. 

Betik sebelum di racun
Entah kenapa saya tanam timun asyik terbantut. Sedih saya. Sekarang tengah tunggu kacang botor tak berbuah. Bunga lebat. Apa masalahnya? 

Timun yang comel

Tuaian semalam. Pucuk ubi buat masak lemak. Roselle belum dibuat air lagi. Bendi sebiji je dapat. Hehe.. Alhamdulillah semua rezeki dari Allah. 


Written by:
Le Leyn

Thursday 18 June 2015

Resipi berasaskan Ikan Tenggiri

Assalamulaikum w.b.t

Wahai pembaca blog sekalian,


Saya nak share dua resipi istimewa menggunakan ikan tenggiri yang saaaangat senang, simple dan tak memenatkan nak buat. Cara2 nak masak  pun tak complicated dan bahan2 yang diperlukan tak banyak. Tapi kenapa ikan tenggiri? First sebab ikan adalah untuk protein hehe. Secondly mungkin ikannya senang nak dipotong (boleh suruh orang kat pasar potongkan je) dan tak banyak tulang sangat mcm ikan - ikan yang lain. PLUS, ikan tenggiri ni pun sesuai untuk orang - orang yang tengah berpantang tak kira la pantang bersalin ke or pantang sakit operation ke.


So tanpa berlengah lagi, saya perkenalkan resipi pertama iaitu:



  • Ikan Tenggiri Bakar
          Bahan - bahan:
          - Ikan tenggiri 3 - 4 potong
          - 1 sudu makan sos tiram
          - 1 sudu makan serbuk lada hitam (boleh letak sedikit sos lada hitam)
          - 1 sudu teh serbuk kunyit
          - Secubit garam
          - Aluminium Foil

          Cara2 Masak:

  • Basuh bersih2 ikan tenggiri then perapkan dengan sos tiram, serbuk lada hitam (dan sos lada hitam kalau nak), serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
  • Kemudian, letakkan dalam aluminium foil dan anda boleh pakai alat pemanggang         kalau nak  masak ikan ini. Tapi kalau takde pun, don't worry. Boleh pakai frying pan     bersaiz sederhana jugak. Letakkan aluminium foil berisi ikan tersebut kat atas frying    pan dan biarkan dalam masa lebih kurang 15 minit. Kemudian balikkan aluminium      foil tersebut dan tunggu lagi 15 minit. Tak payah letak minyak masak tau. 
  •  Siap dihidang. Tadaaa
  • Ikan Tenggiri Masak Asam
          Bahan - bahan:
          - Ikan tenggiri 3 - 4 potong
          - 3 ulas bawang putih (dipotong kasar)
          - 3 ulas bawang merah (dipotong kasar)
          - 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
          - 3 - 4 biji cili padi (potong kecik2)
          - 1 cawan asam jawa
          - Kunyit dan garam (untuk goreng ikan)
          - Gula dan garam secukup rasa

          Cara2 Masak:

  • Basuh bersih2 ikan tenggiri then goreng.
  • Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumis segala bagai jenis           bawang bawangan dan cili padi yang dah dipotong kasar tu sampai naik bau. 
  • Masukkan air asam jawa serta gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan ikan tenggiri yang dah digoreng tadi dan biarkan selama beberapa minit.
  • Siap dihidang. Tadaaa


Selamat Mencuba !

Written by,
LeAnna

Cerita Sadis

Assalamualaikum w.b.t

Wahai pembaca blog sekalian,


Bayangkan situasi ini.


Anda pening kepala, demam dan batuk2 seharian di tempat keje sampai rasa nak pengsan. Awal2 dah plan nak balik on time. Tepat pukul 5.15 anda bersiap2 nak balik. Tapi nak borak2 jap dengan orang ofis bla bla bla sampai pukul 5.30. Pastu anda melangkah keluar dan menunggu lif dengan hati yang riang sementara yang lain still stay lagi kat ofis. Malah ada sorang tu tiba2 kena panggil masuk discussion dengan En XYZ untuk discuss pasal meeting utk keesokan harinya. "Owh kasihannya !", bisik hati kecilku. Sambil2 tu tengah fikir balik ni nak makan pizza hut, KFC ke or McD untuk dinner (ok hiperbola). Tapi apa2 pon, siapa yang tak happy kan nak balik rumah selepas duduk mengadap PC seharian di ofis dengan badan lemah tak sihat? 


Tiba2, rakan sekerja anda (yang baru sebentar tadi tgh discussion dgn En XYZ) berlari keluar dan mendapatkan anda sambil berkata, "AWAK, EN XYZ NAK JUMPA SEKARANG. PASAL MEETING ESOK". Bayangkan anda tgh berdiri di situ menunggu lif sambil pegang handbag tgh pening2 lalat ready nak balik tapi terpaksa masuk kembali ke ofis (dengan orang - orang ofis yang masih stay kat ofis tadi berdekah menggelakkan anda) dan ambik notebook untuk berjumpa dgn bos terbabit dan discussion tersebut habis pada pukul 6. Driver pulak setelah di inform awal2 nak balik on time dah tercongok kat depan lobi pukul 5.30 tadi terpaksa menunggu lagi setengah jam untuk balik. Sadis tak?



Kejadian di atas adalah based on true story. Moral of the story, kalau jam dah menunjukkan waktu balik, terus balik. Jangan borak2 dengan rakan sekerja or melengah2kan masa lagi. Jikalau tidak, perkara di atas may happen to one of you guys. Beware.




Teehee~


Written by,
LeAnna




Friday 12 June 2015

Benih bunga matahari percuma untuk anda

Assalammualaikum semua. 

Hari ini saya dan adik rajin nak asingkan benih bunga matahari yang dah layu lama. Banyak pula benihnya.

Asalnya benih matahari saya dapat dari perkampungan orang asli di pahang. Lepas tanam dan berbunga makin banyak stok benih. Jadi saya suka untuk berkongsi dengan kawan-kawan lain secara PERCUMA.

Benihnya mudah disemai. 3 hari sudah tumbuh. Lepas 3 bulan ia berbunga. Jika ia diletakkan dikawasan luas ia akan bercabang-cabang. Sangat cantik! 

Bagaimana untuk dapatkannya?
1. Be my follower. Saya pun akan follow anda.
2. Share link blog ini supaya ramai yang boleh dapatkan benih matahari ini juga.
3. Emailkan nama dan alamat anda ke email le3furenzu@gmail.com

Kat bawah gambar2 bunga matahari saya. Pokoknya lebih tinggi dari tuan.






Jangan malu2 ya untuk dapatkan. =)

Labu bentuk love

Mula semai labu pada 5/11/2014. Benihnya diambil dari labu yang dibeli dipasar. Labu itu manis sangat. Itu yang keringkan benih dia dan semai. Alhamdulillah tak sangka pokok labu senang je tumbuh. 

Cuma masa awal-awal pertumbuhan kena labu memang suka banyak air. Sekejap tanah dah kering. Lepas itu menanti pula bunga jantan dan betina. Excited nak buat pendebungaan sendiri selepas baca blog2 kawan2 lain yang berkebun. 

Pada awalnya, bunga jantan aje yang tumbuh. Risau juga kalau pokok labu itu hanya keluarkan bunga jantan sahaja. Setiap pagi perhati je bunga labu yang tumbuh. Bila ada bunga jantan dan betina cepat2 debungakan. Tapi kecewa lagi sebab pendebungaan tak menjadi. Tapi tak apa try and error. Rezeki Allah luas bukan terhenti dimana-mana. 

Akhirnya, 19/4/2015 baru menjadi pendebungaan. Lama juga nak menanti satu biji labu. Lebih kurang lepas 1 setengah bulan hasil labu dapat dituai. Memandangkan labu kecil. Berat 1kg 400g jadi mak buatkan koci labu. 



Wednesday 15 April 2015

Ramai suka membeli daripada bertani

Hari ini nak tak nak kena juga teman mak pergi berurut. Plan hari isnin tp postpone sampai hari ini. Pagi ke hospital dulu ambil ubat untuk atuk sedara. Lepas itu baru ke Ila spa Muar deret kedai depan Astaka. Tapi perut dah berkeroncong. Kami pergi makan dulu. Mak kata boleh tahan urut disitu. Orangnya peramah dan servis cas pun berpatutan. Lepas mak urut, ada lagi orang lain datang urut. Makin berumur makin sengal-sengal badan terutama perempuan. Yelah banyak berjasa bekerja keras besarkan anak-anak. Buat kerja rumah lagi. Besar sungguh pengorbanan. Jadi apa salahnya biar mereka bermanja di spa. Hehe.. 

Lepas itu singgah pasar. Nampak banyak buah-buahan segar. Tengok buah bersih tiada di usik perosak. Berapa banyaklah bahan kimia. Tapi dah terliur sangat. Beli aje lah. Tiada kebun buah sendiri.

Lepas kupas dan makan buah. Kumpul benih. Nak semai. Hari itu semai benih jambu menjadi. Mak pun kata, kalau belikan senang. Sekejap dah dapat makan. 

Memang mudah dan cepat kalau beli. Tapi bahan kimia yang disembur dan dibaja itu kita tak tahu. Tapi saya diamkan aje. Bagi yang tak sama minat memang tak faham kepuasan menanam dan mendapat hasil. Memang kdg2 nasib tak menyebelahi kita. Tanaman x menjadi atau kecil.

Tapi semangat saya terus membara. Banyak kebaikan menanam pokok. Walaupun hasil kurang tapi oksigen yang dibebaskan tanaman itu juga keperluan penting buat manusia. Selain menghijaukan bumi, dapat juga berbudi pada tanah daripada dibiarkan lalang menguasai. Dan saya pandang jauh. Buah nak tunggu lama tapi bila berbuah pasti berbaloi-baloi. Drpd beli hanya dapat beberapa biji dan makin mahal semuanya. 

Kempunan durian belanda. Beli sebiji rm19. Disuruh peram dua tiga hari. Bila tiba masa yang dinantikan, tengok busuk. Sedih. Tak tahu salah siapa. Tapi buahnya besar. Kalau tanam sendiri pasti dapat makan segar.




p/s: mak suka tanam bunga. Saya pula suka tanam sayur dan buah. Abah tolong siram pokok. Berbeza minat tak bererti tak serasi tapi saling melengkapi. =)

Written by: LeLeyn


Sunday 22 February 2015

Di sekitar Kampung Orang Asli, Pahang.

Merantau ke sini banyak pemandangan yang dapat dilihat. Semua ini di perkampungan orang asli. Dari jauh perhati ingatkan pokok mangga. Buahnya banyak sangat. Tapi rupanya pokok kekabu. Maklumlah tak pernah lihat pokok ini. Memang tengah musim pokok kekabu di Pahang ini. Kalau dapat kutip kumpul banyak-banyak boleh jadikan bantal. Banyak kekabu yang terbiar aje jatuh ditanah. Mungkin disebabkan pokok kekabu semuanya tinggi-tinggi. 


Pokok kekabu


Selama ini makan kacang parang yang dah siap goreng tapi hari ini dapat jumpa pokoknya. Ingatkan kacang merah rupanya kacang parang. 





 Comelnya kucing dan monyet ini. Rasa nak bawa balik je. Yang monyet itu mereka kata terjumpa dihutan. Jatuh dari pelukan ibunya. Teringin nak pegang monyet itu tapi tak jadi bila tengok kukunya.





Peribahasa bagaikan anjing dengan kucing tak begitu sesuai disini. Sebab mereka buat tak kisah je bila berjumpa. Tak bergaduh pun.

                                         



Antara pemandangan kawasan perkampungan orang Asli.





Labu kundur sampai dah memanjatkan pokok besar. 



 Labu tergolek-golek. Ada dua biji lagi.



Yang ini kenangan paling best! Pucuk paku yang segar sejambak hanya dijual RM1. Bukan seikat tapi sejambak sebab banyak sangat. Kalau diluar berganda-ganda harga.


p/s: Betul lah kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Memang banyak benda baru yang boleh dihayati, dipelajari dan dijadikan iktibar. 


Written by: Le Leyn

Len Little Garden

Hai peminat berkebun sekalian.. =)


Kali ini nak kongsi sedikit tanaman yang sedang berbunga, berbuah, berdaun dan bersayur sekarang. Semua pokok ini masih baru dan dalam proses nak kumpul benih. Ada yang ada benih sudah. Mungkin kita boleh bertukar benih-benih nanti jika berminat. Benih ini dapat dari macam-macam tempat. Saya memang suka semai banyak-banyak sebab kadang-kadang tak semua bertahan sampai besar.





Jagung susu ini benih beli kat supermarket. Ada 6 pokok tumbuh besar tapi satu pokok tak berbuah. Kenapa ya?

Jagung susu


Masa anak pokok, ingatkan kacang buncis. Tiba-tiba tumbuh kacang botor pula.
kacang botor


Benih ini minta dekat jiran. Sekarang tengah lebat berbuah. Musim panas minum jus buah ini sejuk-sejuk memang syok!
Roselle berat sangat dah tumbang sebab hujan lebat



Hah yang ini memang saya suka! Bunga seri pagi. Benih beli dari blog kebunbahagiabersama.


Marry-go-round
 Ubi kayu pun beli dari kebunbahagiabersama. Pucuk-pucuk dah tumbuh. 
Ubi kayu baka sabah

Petola ini tanam dekat pasu kecil. Dah jadi bantut. Sekarang baru tukar polibeg besar. Harap tak bantut lagi.

petola bantut




Benih tomato mini, bunga kobis dan kailan beli dari blog tanamsendiri. Antara pokok yang senang tumbuh
Tomato mini

Kobis bunga@cauliflower

kailan


 Benih betik dan labu ambil terus dari buah yang beli di pasar. Masih menunggu untuk berbuah.

Betik

labu



Benih-benih bunga yang lain ini saya ambil dari perkampungan Orang Asli di Pahang sewaktu saya buat kajian disitu. Pokok-pokoknya semua tahan lasak dan tahan panas.

keembung

bunga balung ayam

Pokok maple ini tak pasti lah pokok apa tapi saja bagi nama maple sebab bentuk daun dia.
pokok maple
Bunga Kanna
                                                 

Ini dulu perkongsian hari ini. Terima kasih sudi singgah.

Written by: Le Leyn

Thursday 1 January 2015

Cili diserang bena putih atau lalat putih atau bintik-bintik putih

Fuhh.. panjangnya nama tajuk. Yang pasti ia perosak cili! Ala dia duduk lekat belakang daun cili. Hah korang cuba tengok.


Pokok cili ini lupa sama ada abah beli atau semai. Mula-mula pandang tak endah je cili ini sebab layu je. Tapi satu hari rasa macam nak pulihkan pokok ini. Kalau boleh berbuah Alhamdulillah. Kalau tak biarlah jadi hiasan. =)


Pada 8 November
Semua daun-daun yang diserang perosak digunting. Hampir botak pokok itu. Lepas itu sembur dengan booster (Beli dari blog tanamsendiri).  



Itulah rupa perosak itu. Kalau nampak je cepat-cepat buang! 


Pada 30 Disember 
(tarikh gambar diambil tapi rasanya seminggu sebelum pokok ini mula berbuah. Lupa nak save date. =,=)

Pokok cili yang berjaya dipulihkan ialah yang pokok cili semua hijau. Yang pokok cili ada warna merah itu emak punya. Nak tunggu cili warna merah baru dipetik.


P/s: Kurang dari 2 bulan cili ini pulih. Kena pastikan yang perosak itu tak ganggu pokok sebab perosak itu memang sangat suka cinta dengan pokok cili. Sampai sekarang ada juga serangan. Kalau teringat nak belek ada jugak jumpa dia baru nak membiak. Hmmph. Jangan lupa sembur booster bagi galakkan pertumbuhan bunga. Baru buah banyak. Pokok ini tak banyak sangat buah sebab tak rajin. ehee..





Written by: Le Leyn