Tuesday 30 September 2014

Resipi: Mi Sizzling mudah, senang, sedap!!

Bismillah.. 

Nak masak ke nak buat ape2 mak selalu suruh amalkan baca ini dulu dan sambil masak2 itu baca selawat. Bukan nyanyi. Hehh tp Len selalu suka nyanyi lps tuh kena bebel. Hmm


Hari tuh nak pi jalan Tar dengan mak dan adik2 naik bus dari Johor turun TBS. Mak makan nasi ayam sebab katanya tak boleh kalau tak makan nasi. Len dan adik lagi seorang makan mi sizzling. Bagi mak dengan adik lagi seorang rase. Sudahh. Dua2 syok pulak makan. Mak jarang suka makan luar, tp asyik sebut nak mi sizzling mi sizzling. So pi lah carik resipi kat blog2 dan tengok resipi2 dorang. Bandingkan bahan-bahan dan agak2 gambar yang dorang post tuh buat air liur meleleh boleh lah dicuba. Resipi diadaptasi dari blog mamashikin dan K.Nor. Terima kasih share resipi yang sangat sedap! =)

So, jom mula masak.

Ini bahan2 dia. Len banyakkan bahan sebab nak makan satu family (5-6 orang). Memang banyak jugak Len ubah sebab ada barang yang xda kat rumah.

Cendawan shitake kering (lagi banyak lagi sedap dan direndam sehingga lembut). Belah 4 atau kecil sedikit supaya nampak banyak dan senang lembut.
Lada kering dalam 5-6 (tak letak banyak sebab mak tak makan pedas)
Halia lebih kurang 3cm dihiris halus (kalau dikedai rasa halia kuat tapi disebabkan adik tak suka rasa halia jadi halia sebesar ini sesuai untuk orang yang nak rasa sikit2 halia je.
Bawang putih sebanyak 10 ulas dicincang halus.
3 pokok sawi (Ikut suka nak berapa banyak sawi dan boleh jugak diletak sayur lain)
1/3 batang lobak (len suka seni. Dalam masak pun boleh nak potong macam2 bentuk. Tuh yang mak bising masak tak siap2)
1 keping dada ayam (dipotong2 keping)
7 cawan air
6 sudu sos tiram
10 sudu kicap cair (boleh dikurang jika ada kicap pekat. Len takda kicap pekat jadi banyak kicap cair)
Tepung jagung (dicairkan dulu dalam air)
Lada hitam
Minyak
1 paket Yee Mee (ada dalam 6 keping)
Telur



Tumis bawan putih, halia dan lada kering sehingga berbau-bau.



Selepas itu masukkan ayam. Agak2 dah empuk masukkan 7 cawan air. Masukkan 6 sudu sos tiram dan 10 sudu kicap cair. Biar didih dan masukkan cendawan. Yang timbul2 kat atas permukaan itu bawang putih. Disebabkan Len dah adjust bahan-bahan jadi banyak dan air pun banyak sekarang Len berani kan diri je agak2 masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Rasanya 2 cawan tepung jagung Len masukkan. Boleh jugak tambahkan serbuk lada hitam. Len tak letak garam dan gula sebab kicap itu dah manis dan masin. Jaga kesihatan. LOLipop~!




Ini rupanya bila dah pekat, Bolehlah masukkan sayur, telur dan yee mee.

----
--------
------------

Tadaaa~~


Ini mi sizzling saya. Sepatutnya ambil gambar kat pinggang abah sebab abah special case, tak makan telur jadi kena buat asing untuk  dia dan mi sizzling dia banyak kuah. Yang laen mi dah serap kuah sebab masak mi banyak2 sekali. Jadi kena makan cepat2 masa panas!!


p/s: Takut juga nak buat ini. 1st trial tp dah kena buat sekali banyak. Alhamdulillah berjaya juga buat bagi family makan. Tp kena improve lagi. Kalau rajin korang boleh masak asing2. Lepas siap kuah, korang ambil dan masuk ke kuali lain. Panaskan api kecil dan masuk mi. Tp ini lambat. Sorang demi sorang makan. Hehe.. Ade resipi letak minyak bijan tapi kat rumah takde jadi guna pa yang ada. Mungkin lps ini blh cuba letak minyak bijan pula.


Written by: Le Len

Salam Perkenalan

Assalammualaikum. Haihaihai..


Ui skema pulak tajuk tuh. Biasalah mula2 nak kenal. Hehe~ Untuk pengenalan diri, blog nih ada 3 orang blogger. Kami punya nick names dalam alam maya nih ialah Le Leyn, Le Maya dan Le Anna. Honestly, memang kami bertiga berbeza dari segi personaliti tp still berkwn baik dari kecik hingus leleh kesat belakang tudung sampai dah besar panjang walaupun berjauhan, Eceh~! Senang je nak pertahankan persahabatan nih. Tak kira apa korang buat, update and share selalu. Ops terpanjang pulak. 


Dulu ada blog lain tp disebabkan semua umur dah meningkat, terlupa dah password. *(-_-) Ini blog baru tp konsep sama je. Le tuh maksudnya "the" (from French word. Three ialah 3. Hah tahu kan? Hehe.. Furenzu pula maksudnya Friends dalam bahasa Jepun (Katakana word iaitu bahasa asing yg dipinjam. Maksudnya Org Jepun ambil perkataan friend dan dia tukar ikut sebutan bahasa dia sebab bahasa jepun mesti ade vokal dibelakang. Ops pnjg lg. Oke next entry kte belajar bahasa Jepun oke? In Sha Allah =)


Anyway, semoga blog ini memberi sedikit informasi dan manfaat kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Segala yang baik tuh dtg dari Allah dan segala keburukan, kesilapan dan kesalahan tuh datang dari kami bertiga.


P/s: So, kalau nak tahu setiap entry itu sape yg tulis, kat bawah sekali akan tulis Written by:xxx


Written by: Le Three Furenzu