Thursday 25 December 2014

Kenapa roselle tidak berbuah?


Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum Senyummm *pang kena tampar sbb memekak*


Sebenarnya nak cerita pasal roselle. Bila tengok roselle dah mula berbunga, berbuah itu yang tersenyum sendiri. Hari ini 33 hari dah umur roselle ini. Sepatutnya dah boleh tuai tapi besarnya tidak sekata. Itu yang biarkan je lah dulu. Roselle ini ditanam di tiga tempat berlainan. Bukan nak buat uji kaji tapi memang terhad setiap tempat nak tanam banyak. Semua baja sama waktu.


1) Sebelah kiri rumah
Pokok terlindung dan mendapat cahaya bila hampir tengahari.  Ada tiga pokok. Daun banyak digigit serangga. Tidak berbuah lagi. Tanah sama jenis dengan tanah sebelah kanan rumah.






2) Sebelah kiri rumah tapi depan sikit
Pokok disini paling kurang cahaya kerana terlindung dengan rumah dan bumbung. Pokok kecil dan tidak berbuah. Dua daripada enam pokok sudah layu. Tanah lebih kurang sama jenis tetapi lebih keras dan berbatu sikit.

        




3) Sebelah kanan rumah
Tempat disini memang cukup cahaya terutama waktu pagi. Tanaman disini ada yang ditanah dan juga dipasu (lihat gambar). Dalam pasu yang tak berapa besar itu ada satu..dua..jap baru nak kira. Ada enam rasanya. Yang tanam didalam pasu ini paling cepat berbuah dan buah besar berbanding yang lain.

Mungkin faktor semai terus benih, cahaya cukup dan persaingan sihat yang buatkan tanaman dipasu lebih cepat berbuah.

Ruangan semai tak cukup jadi semai dipasu banyak-banyak. Bila dah besar tak tahu alih mana. Jadi biar je macam tuh. Jadi mungkin dia tak "culture shock" sebab tak kena alih. Hehh..

Mungkin sebab bila dah bersempit-sempit pokok-pokok ini berebut nak besar sebab takut dibuang tuannya kalau kecil. Tapi tuannya ini sayang nak buang. Hehe.. Yang disini juga kurang serangan serangga.


                    






p/s: Pendapat Leleyn, tiada masalah kalau nak tanam ditempat terhad seperti didalam pasul asalkan tanaman dapat cahaya matahari yang mencukupi terutama di waktu pagi.


Written by: Le Leyn

Tuesday 16 December 2014

Alahan ubat - Amoxycillin

Assalammualaikum..




Sedar tak sedar dah hujung tahun dan lagi beberapa hari nak masuk tahun 2015. Biasanya kita akan cuba ingat perkara-perkara happy untuk dijadikan kenangan. Tapi pengalaman pahit pun tak lah mudah untuk dilupakan. Ya tak

Ini cerita 2 bulan lepas. Pengalaman yang tak boleh lupakanlah sebab firstime jadi. Nak dijadikan cerita, masa itu tengahari, entah mood apa rajin sangat pergi mencangkul bersihkan semak sebab nak buat kebun kecil. Tiba-tiba silap teknik mencangkul, tangan terseliuh. Orang urut kat sini busy jadi biarkan je seliuh ni.

Lepas tu, 3 hari kemudian kena benjolan dekat leher pulak. Macam-macam sakit dasyat dah difikir. Rasa risau sangat jadi pergilah klinik. Dapat ubat untuk terseliuh dengan benjol. Dapat banyak ubat termasuk antibiotik amoxycillin. Seminggu jugak lah telan ubat ni.
Lebih kurang macam nih lah benjol.
(Sumber gambar: internet)
 
Terbayang benjol jadi teruk macam nih
(Sumber gambar: internet)

Benjolan dah surut tapi datang pula satu sakit lain. ALAHAN! Masa tu bersihkan rumah kat luar waktu tengahari (waktu panas terik macam nih pulak lah baru rajin), masuk je rumah, adik tegur muka burn. Pastu tengok muka kat cermin bukan je burn tapi ada bintik-bintik macam ruam! Tengok tangan pun ada, Tak gatal. Petang tuh pergi klinik sebab ruam makin menjadi-jadi. =,=" Dr syak allergi ubat sebab memang takde allergi makanan dan baru je habiskan antibiotik.
Mula-mula ruam macam ini
Esoknya lepas maghrib terpaksa pergi hospital sebab ruam tak kurang. Paling risau ruam kat mukalah. Jadi rendah diri. Kena inject. Rasa lumpuh sekejap tangan. Malam itu, ruam kat muka dah kurang. Lega sikit. Tapi ruam turun tempat lain. Seminggu tak dapat tidur malam sebab ruam dah mula gatal-gatal. 

ruam kat tangan

Ruam semakin berkembang untuk pulih

Masa pergi klinik check untuk benjolan, ada 2nd appointment. Masa ni lah tunjuk benjolan dah hilang tapi ruam pula. Dannnnnnn kena inject lagi. Dapat ubat sapu calamine mengurangkan rasa gatal dan ruam. Lepas seminggu jugalah baru pulih sepenuhnya. 

Semakin berkembang hilang


Walaupun dah sihat, trauma juga dan rasa ngeri bila ingat semula. Lepas itu tiba2 tak suka corak polkadot. Haha. Hampir sebulan jugalah sakit tapi Alhamdulillah hikmahnya dah tahu lah alah ubat apa. 

Kumpul kad!



Pengajaran buatku dan kwn2:

  • Kita kena tahu mengenai ubat apa yang kita ambil. Search dekat internet atau tanya pakar apa side effect ubat ataupun ubat boleh datangkan alahan. 
  • Kalau ada simptom pelik lepas makan ubat, silalah berhenti. Sebab awal-awal ambil ubat hari tu, pembuangan air besar (sopan sikit) yang kerap tak normal macam selalu, kepala sakit dan ade bintat besar. Tapi tak tahu pula sebab ubat. Sebab banyak faktor lain yang difikirkan mungkin sebabkan semua tuh mcm ingat salah makan yg sbbkan pembuangan air besar tak normal. Ingatkan nyamuk yang sebabkan bintat besar. Muka pun ada ruam kecil bila kena panas tapi ingatkan itu sebab peluh.
  • Cepat jumpa doktor kalau sakit, jangan buat andaian dan beli ubat sendiri.
  • Jangan lupa bawa kad allergi bila jumpa doktor.

Oke lah panjang pula cerita kali nih. Semoga pengalaman nih menjadi peringatan.



Written by: Le Leyn