Friday 24 July 2015

Percubaan mencari rezeki di Singapore

Assalammualaikum, 

Pernah tak sesiapa terfikir untuk bekerja di luar negara? Saya dulu bukan saje berangan nak ke Singapore tp ke Australia nak petik buah. Balik je duit berkepuk-kepuk. Haihh. Ini semua akibat fikiran untuk mendapatkan duit yang banyak.

Lalu, 5 Syawal hari itu nekad ke Jb. Dari Muar amik bus ke Larkin. Harga tiket Rm16.70. Tapi kalau Muar-KL Rm17.60. Jarak pun lebih kurang sebab kedua2nya boleh sampai dalam 2 jam setengah. Kemudian naik bus tambang ke Kota Tinggi sebab menumpang rumah kawan di situ. Tiket harga rm4.90. Sebelum sampai kota, bus akan berhenti di banyak tempat. Salah satunya ulu tiram. Kota perhentian akhir.

Sampai di terminal tun sri lanang, kawan sudag menunggu di situ. Kemudian ke rumahnya. Sejuk. Banyak pokok. Esoknya kami sama-sama ke tempat agent. Ini pun ikut kawan kepada kawan yang pernah kerja di sana. Sampai sana katanya kuota belum ada. Hanya isi borang dan balik. 

Alang-alang lepaskan kekecewaan, kami pergi ke Jusco Bukit Indah. Tengah sales lagi semuanya. Tapi tak beli sebab bukan keperluan lagi. Sekarangkan zaman pupuk berjimat. Hehh.

Tadi pergi kedai runcit nak beli serbuk dadih. Tengok harga tak jadi terus. Dulu Rm4.50 sekarang Rm6. Mana tak dalam fikiran ini nak duit banyak. Rm pun dah jatuh. Kalau kerja Singapore itu boleh berganda lah disini. Walaupun hujan batu si negeri sendiri, hujan emas negeri orang, sebaiknya berkhidmat di negeri sendiri lah kan. Tapi jauh perjalanan luas juga pengalaman. 

Sekian, catatan hari ini.

2 comments:

  1. Asyik turun je duit ringgit ni.
    InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah ambil pelbagai pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah mudah2an diperkenankan. Boleh lah merasa merantau luar negara. Pdhal jiran sebelah je. Hehe

      Delete