Thursday, 18 June 2015

Resipi berasaskan Ikan Tenggiri

Assalamulaikum w.b.t

Wahai pembaca blog sekalian,


Saya nak share dua resipi istimewa menggunakan ikan tenggiri yang saaaangat senang, simple dan tak memenatkan nak buat. Cara2 nak masak  pun tak complicated dan bahan2 yang diperlukan tak banyak. Tapi kenapa ikan tenggiri? First sebab ikan adalah untuk protein hehe. Secondly mungkin ikannya senang nak dipotong (boleh suruh orang kat pasar potongkan je) dan tak banyak tulang sangat mcm ikan - ikan yang lain. PLUS, ikan tenggiri ni pun sesuai untuk orang - orang yang tengah berpantang tak kira la pantang bersalin ke or pantang sakit operation ke.


So tanpa berlengah lagi, saya perkenalkan resipi pertama iaitu:



  • Ikan Tenggiri Bakar
          Bahan - bahan:
          - Ikan tenggiri 3 - 4 potong
          - 1 sudu makan sos tiram
          - 1 sudu makan serbuk lada hitam (boleh letak sedikit sos lada hitam)
          - 1 sudu teh serbuk kunyit
          - Secubit garam
          - Aluminium Foil

          Cara2 Masak:

  • Basuh bersih2 ikan tenggiri then perapkan dengan sos tiram, serbuk lada hitam (dan sos lada hitam kalau nak), serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
  • Kemudian, letakkan dalam aluminium foil dan anda boleh pakai alat pemanggang         kalau nak  masak ikan ini. Tapi kalau takde pun, don't worry. Boleh pakai frying pan     bersaiz sederhana jugak. Letakkan aluminium foil berisi ikan tersebut kat atas frying    pan dan biarkan dalam masa lebih kurang 15 minit. Kemudian balikkan aluminium      foil tersebut dan tunggu lagi 15 minit. Tak payah letak minyak masak tau. 
  •  Siap dihidang. Tadaaa
  • Ikan Tenggiri Masak Asam
          Bahan - bahan:
          - Ikan tenggiri 3 - 4 potong
          - 3 ulas bawang putih (dipotong kasar)
          - 3 ulas bawang merah (dipotong kasar)
          - 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
          - 3 - 4 biji cili padi (potong kecik2)
          - 1 cawan asam jawa
          - Kunyit dan garam (untuk goreng ikan)
          - Gula dan garam secukup rasa

          Cara2 Masak:

  • Basuh bersih2 ikan tenggiri then goreng.
  • Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumis segala bagai jenis           bawang bawangan dan cili padi yang dah dipotong kasar tu sampai naik bau. 
  • Masukkan air asam jawa serta gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan ikan tenggiri yang dah digoreng tadi dan biarkan selama beberapa minit.
  • Siap dihidang. Tadaaa


Selamat Mencuba !

Written by,
LeAnna

5 comments:

  1. Wah senang dan sedap untuk dimakan.
    Thank you for sharing.
    Lama tak beli ikan tenggiri sebab kedai runcit yang biasa pergi jarang ada tenggiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Blh lah mencuba. Hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. tenkiu very much.. dah tak tau nak masak ape.. hari2 kari, goreng, kicap, itu je la.. ni usha2 kat internet jumpe.. tq very much.. dah buat.. sedap.. mak pon suka.. rasa masam manis..

    ReplyDelete
  3. Tq for resepi... sedap mkn time tekak tak sihat ni

    ReplyDelete