Friday, 12 June 2015

Labu bentuk love

Mula semai labu pada 5/11/2014. Benihnya diambil dari labu yang dibeli dipasar. Labu itu manis sangat. Itu yang keringkan benih dia dan semai. Alhamdulillah tak sangka pokok labu senang je tumbuh. 

Cuma masa awal-awal pertumbuhan kena labu memang suka banyak air. Sekejap tanah dah kering. Lepas itu menanti pula bunga jantan dan betina. Excited nak buat pendebungaan sendiri selepas baca blog2 kawan2 lain yang berkebun. 

Pada awalnya, bunga jantan aje yang tumbuh. Risau juga kalau pokok labu itu hanya keluarkan bunga jantan sahaja. Setiap pagi perhati je bunga labu yang tumbuh. Bila ada bunga jantan dan betina cepat2 debungakan. Tapi kecewa lagi sebab pendebungaan tak menjadi. Tapi tak apa try and error. Rezeki Allah luas bukan terhenti dimana-mana. 

Akhirnya, 19/4/2015 baru menjadi pendebungaan. Lama juga nak menanti satu biji labu. Lebih kurang lepas 1 setengah bulan hasil labu dapat dituai. Memandangkan labu kecil. Berat 1kg 400g jadi mak buatkan koci labu. 



3 comments:

  1. Sedapnya koci labu lama tak makan.
    Lagi sedap bila hasil dari kebun sendiri.

    ReplyDelete
  2. Bila guna labu kte akan kurg guna tepung dan santan. Jimat kos jugak. Hehe.. pokok labunya tanam sepokok jd tumbuh sebiji2. Kecil. Tp masih blh dimakan ramai2. Berkat rezeki Allah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. LuckyClub Casino Site - Lucky Club
    Welcome to Luckyclub.Live Casino: No download, luckyclub.live no registration. The casino is a great place to have a fresh new idea. It offers the  Rating: 3.5 · ‎7 votes · ‎Free · ‎Game

    ReplyDelete