Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum Senyummm *pang kena tampar sbb
memekak*
Sebenarnya nak cerita pasal roselle. Bila
tengok roselle dah mula berbunga, berbuah itu yang tersenyum sendiri. Hari ini
33 hari dah umur roselle ini. Sepatutnya dah boleh tuai tapi besarnya tidak
sekata. Itu yang biarkan je lah dulu. Roselle ini ditanam di tiga tempat berlainan. Bukan nak buat uji kaji tapi memang terhad setiap tempat nak tanam banyak. Semua baja sama waktu.
1) Sebelah kiri rumah
Pokok terlindung dan mendapat cahaya bila hampir tengahari. Ada tiga pokok. Daun banyak digigit serangga. Tidak berbuah lagi. Tanah sama jenis dengan tanah sebelah kanan rumah.
2) Sebelah kiri rumah tapi depan sikit
Pokok disini paling kurang cahaya kerana terlindung dengan rumah dan bumbung. Pokok kecil dan tidak berbuah. Dua daripada enam pokok sudah layu. Tanah lebih kurang sama jenis tetapi lebih keras dan berbatu sikit.
3) Sebelah kanan rumah
Tempat disini memang cukup cahaya terutama waktu pagi. Tanaman disini ada yang ditanah dan juga dipasu (lihat gambar). Dalam pasu yang tak berapa besar itu ada satu..dua..jap baru nak kira. Ada enam rasanya. Yang tanam didalam pasu ini paling cepat berbuah dan buah besar berbanding yang lain.
Mungkin faktor semai terus benih, cahaya cukup dan persaingan sihat yang buatkan tanaman dipasu lebih cepat berbuah.
Ruangan semai tak cukup jadi semai dipasu banyak-banyak. Bila dah besar tak tahu alih mana. Jadi biar je macam tuh. Jadi mungkin dia tak "culture shock" sebab tak kena alih. Hehh..
Mungkin sebab bila dah bersempit-sempit pokok-pokok ini berebut nak besar sebab takut dibuang tuannya kalau kecil. Tapi tuannya ini sayang nak buang. Hehe.. Yang disini juga kurang serangan serangga.
p/s: Pendapat Leleyn, tiada masalah kalau nak tanam ditempat terhad seperti didalam pasul asalkan tanaman dapat cahaya matahari yang mencukupi terutama di waktu pagi.
Written by: Le Leyn